Monday, August 23, 2010

Hambar

Bagaimana lagi untuk aku gambarkan kehambaran itu
ruang itu terlalu hambar bagi ku
ruang itu untuk raja drama
ruang itu untuk penipu profesional
walau kau mampu terus di situ...

aku ni manusia pegang
pada apa yang aku rasa dan percaya
jangan mimpi kau boleh melenturkan aku
aku tetap akan begini
dan akan terus begini
biar kau tembok besar china

mungkin kau tidak akan menyebelahi aku
sebagai darah aku
dan aku percaya ini tidak adil
tidak adil untuk aku,kau dan mereka

eh!kau pernah tak cuba memahami aku?..
bersatu yang kau ucap itu
kau tak pernah tunjukkan
kau tak pernah tunjukkan jalan keluar
malahan kau sangat hambar!


        sekadar Roman picisan
P/s  ruang masih tak menyebelahi aku

No comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger