Share |
Showing posts with label Titik Temu sperma dan Ovum. Show all posts
Showing posts with label Titik Temu sperma dan Ovum. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


wahai ibuku....
hari ini,tidak pasti di bulan berapa
entah kenapa dan tidak tahu bagaimana
sekali lagi anakmu yang engkau pernah
kandung 9 bulan
yang pernah kau susukan
yang pernah kau suapkan
yang pernah kau tanggungjawabkan selama ini
malahan, ketika aku menulis ini pun engkau
masih memberi aku kasih sayang yang lengkap
sebagai seorang ibu

wahai ibuku....
sempena hari ibu ini
tiada apa yang mampu aku berikan kepadamu
aku tidak mampu berikan engkau seutas rantai emas
malahan beg tangan berjenama Crocodile sekalipun
apatah lagi jam tangan guess untuk menghiasi pergelangan
tangan mu..

wahai ibuku...
aku tahu
engkau tidak pernah mendambakan kepuasan material
dan aku mengerti bagi mu, cukup saja aku menjadi
yang terbaik dimata mu ,itulah hadiah paling engkau
nanti tunggukan....

wahai ibuku....
sebagai anak mu yang seringkali gagal
yang sering menjemput kemarahan mu
yang sering menjentik perasaan sedih mu
yang sering buat kau rasa dan terfikir
akan bersalah melahirkan aku

wahai ibuku
terlalu banyak dosa yang telah ku persembahkan kepadamu
sehinggakan engkau sudah lali dengan kata maaf dari bibirku
wahai ibu ku
hari ini
ingin ku ucap selamat hari ibu kepadamu
yang mungkin tidak seistimewa seperti
yang lain....
wahai ibuku aku tahu
aku anak yang tidak mampu berikan mu apa-apa
ini saja yang mampu ku berikan kepadamu
sebuah tulisan ikhlas yang lahir dari hati
anakmu....

Nota kaki: Nantikan guitar akustik ku ibu...
               kerana akan aku petik dihadapan mu
               sambil medendangkan lagu selamat hari ibu
               hanya untukmu

Friday, May 6, 2011

Bertahan


Disini...
di celah Dinding-dinding Konkrit
di simpang temu bangunan pencakar langit
di jerit pekik bingit kota raya
di asam garam manis pahit metropolitan

seorang pemuda lingkungan umur 20-an
bertubuh muda,
tidak seksi,
yang juga tidaklah sesasa brad pitt
mahupun asthon kutcher apatah lagi shah rukh khan
yang juga berdarah muda barangkali,
hanya berbekalkan iltizam dan pegangan hidup
yang kental
walaupun ianya diketahui
mudah lentur,kabur dan hilang menjadi sia-sia
digilis mainan dan drama dosa,
masih bertahan hidup
walaupun
Dengan tuntutan hidup segala macam,
itu,ini
ini,itu
yang sudah pastinya tidak akan selesai
jika di bicara runding sekalipun
masih tidak mengalah
malahan mencabar
untuk terus bertahan

Mau tidak mau
ingin tak ingin,
inilah jalan kehidupan yang dipilihkan

jalan hidup yang tak pernah dipohon
yang tak pernah didoakan
yang tak pernah dipermudahkan
yang tak pernah dijemput
yang tak pernah ditadah
apatah lagi untuk dipinta mahukan

Disini....
atau dimanapun...
Aku akan terus bertahan,
bertahan dengan jalan hidup
yang telah dipilihkan untuk aku....







Wednesday, March 2, 2011

pejuang kata



jika hati sudah tidak bertemu jiwa
apa lagi yang
harus kau lengahkan?

jika rindu sudah
tidak bertaut kasih
apa lagi yang perlu tanduskan?

jika kata sudah
tidak membuahkan rasa
apa lagi yang harus kau
kumat kamitkan?

jika doa
tidak lagi mengutus niat
apa lagi yang harus kau
angankan?

jika indah bukan lagi
ceriman bahagia
apa lagi yang harus kau
sejahterakan

jika irama
tidak lagi menjemput melodi
apa lagi yang harus kau lagukan






Nota kaki: Usia bagi aku,
           hanya lah nombor semata-mata
           tetapi pengalaman tidak akan mati!

Thursday, February 17, 2011

Skizofrenia


macam mana kau nak tahu
benda yang kau tak tahu
kalau kau tak ambil tahu
benda yang kau tak tahu

Bodoh!

keputusan kau melulu
macam peluru
tanpa usul periksa

Aku dah cakap

Hidup takan lengkap
tanpa pengalaman

baju pun takan siap
tanpa jahitan

kata orang

Hidup ini
jangan terlalu dirancang
nanti sempurna

kalau dah sempurna
macam mana kau nak
berkenalan dengan rintangan

Bodoh!


18 feb 2011
Jarum pendek 4
jarum panjang 12
Lokasi: Ruang Legar Tanda tanya





Monday, February 14, 2011

Muka Surat 24 Yang Bebal

Ini bukan kerana
aku tak ingin

Atau bukan kerana
aku tak mahu

bukan juga kerana
aku tak sudi

jauh sekali
aku jual mahal

ini bukan aku kerana mengelak
ini bukan aku kerana menepis
ini bukan aku kerana menghindar

Ini Kerana,
Aku bukan Kau!

Nota: Hidup tak perlu terlalu Optimis

Friday, February 4, 2011

Celaka


 Ok

 Baiklah

 Begini, kita jangan buang masa
 orang cakap,
 cakap banyak tak guna kan ....

 jadi apa kata kita terus ke pangkalnya,
 atau ke Umbinya, mungkin terus ke pUncaknya.....

 cerita nya begini....

 Apa pun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita,
 kita harus berani persoalkannya kembali,
 kerana kalau kita sentiasa meletakkan diri kita betul,
 kita akan menjadi seperti mereka yang kita benci


 lalu'

 kenapa takut?
 kenapa mundur?

 Hidup tak akan lengkap tanpa pengalaman.
 Baju tak akan siap tanpa jahitan

 Biasalah dalam hidup ini,
 kadang-kadang ada persoalan yang kita tahu jawapannya
 namun amat payah untuk kita huraikannya.

 lalu'

 kenapa di rantai rasa itu?

 Sudahlah...
 susun nafas mu
 nyatakan
 dan maju kedepan sedikit........


 13 january 2010
 1.04am
 Lokasi : Disebuah ruang yang agak malap dan penuh
 persoalan bodoh'




 






 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger