Share |

Sunday, September 26, 2010

Mimpi Itu selesai Vol 2

hampir setiap waktu
aku memujuk diri
untuk terus bermimpi

aku percaya
selagi dunia masih berputar
selama itu aku harus bermimpi

aku kecewa dan hancur
kadang manusia
memperlekehkan mimpi...
dan menyiatnya
dengan defenisi mimpi itu mainan tidur

aku tetap percaya
walau sekadar bermimpi

bahawa ada yang akan
merealisasikan mimpiku
untuk keluar dari dunia yang
lebih baik dari dunia kecilku

bait yang aku kutip dari sebuah
lagu yang aku percaya
menjadi tulang belakang
kesemua mimpi aku yang sudah-sudah

dan aku namakan
mimpi itu sebagai
erti hari ini

P/s Aku Masih mentah'

Wednesday, September 22, 2010

Mimpi Itu selesai Vol 1

Sebenarnya jika aku berpeluang...
aku percaya....

aku percaya
bahawa mimpi yang selama ini
sering meniduri dan merogol
setiap tidur ku akan datang semula...
mungkin dengan watak yang baru
dan destinasi yang baru

jujur..tak terungkai bagaimana
aku harus olah mimpi itu..
bagi aku mimpi itu bukan
permainan tidur...
besar maknanya...
dan aku percaya!

indah tidak cukup mengambarkan...
bahagia tidak mampu menandingi..

satu hal yang aku sialkan selama
ini....

aku harus bangun dari mimpi itu..
bangkit dan membasuh muka...

mimpi itu selesai........


P/s ada-ada saja cerita yang diwarnakan hitam
bagi menolak putih-putih itu..
..

Friday, September 3, 2010

Pro cincai


Dengan pertukaran hari-hari yang berlansung deras 
memadam hari -hari yang terbelakang
cepat betul masa menjalankan tugas, 
kata-kata yang aku pinjam dari pemikir profesional
dan untuk itu sekali lagi aku menjalankan tugas
aku sebagai pendengar setia dan peneroka 
ilmu maya yang sabar tanpa mengenal erti jemu

Dengan laman facebook pula menjadi isteri kedua 
 menulis pula sudah menjadi darah aku sebenarnya
dan persoalan yang belum pernah terungkai 
secara sempurnanya....

adakah ini yang aku inginkan
atau aku hanya mengejar dunia semata-mata
ku harap aku dan kau masih percaya


p/s catatan basuh muka

Wednesday, September 1, 2010

Penakut

Tak semua yang kau rancangkan akan berlaku
mungkin kadang-kadang tidak adil bagi kita
melihat kau hanya seorang kebanyakan
kepayahan kau lagi lah terserlah

macam kau cinta seseorang tapi kau tak pernah tunjuk?
siapa aku untuk mengubah kau?
yang tetap kau mahukan
akan pasti kau kejar





p/s Nota-nota kecil bertempiaran
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger