Saturday, July 9, 2011

Sembang Heineken

Di sebuah bar dan cafe yang dimana tempat aku mencari nafkah halal yang mungkin agak 'sampahan' bagi mata-mata masyarakat sekitar aku......tapi takde hal...Mulut orang kalau dilayan takan habis..... lagi pun entri ataupun apparatus aku kali ini bukan menghala ke situ...dan juga bukanya berkisar tentang perkhabaran 'bersih' yang aku kutip dari saluran media kerajaan Tv3....saluran media macam ne bagi aku membantutkan pemikiran masyarakat.....

Ok cukup, tinggalkan perkara semacam pantat itu....

ketika aku sedang sibuk melayan costumer .....................................

Mat India  : aahh..bro satu set Hineken berape?  (yang aku percayai mat India ini datangnya dari peninsula)
 Aku           : satu set Rm 18.00 bro......
 Mat India  : aahh..bagi satu set take away yer.....
 Aku     : sambil aku cuba memasukan beer seperti yang dipohon oleh mat india ne ke dalam plastik.....aku     yang kehairanan melihat mat India....ye la,selama aku berbakti di bar dan cafe ne, jarang juga aku berhadapan dengan costumer yang datang dari peninsula dah tu mat india pula......kerangka perasaan itu lalunya ku muntahkan menjadi  pertanyaan yang ku ajukan kepada mat india itu...aaahh, bro orang kl ke?...
Mat India : aaaahh..Orang kl 
Aku       :  o... minum di  mana ne ?...Sekali lagi aku lontarkan sebuah persoalan kepadanya....
Mat India :  ah..ne minum dekat rumah saudara kat area sini...
Aku         :  o...ada saudara disini ?....yang sebenarnya sebuah pertanyaan untuk mengambil tahu dan carring  aku kepada mat india ne....

Mat India : ah ya...ada sepupu kat sini....sepupu aku tu...ibunya orang tempatan kat sini...dia kawin dengan abang bapa aku orang india semenanjung.....(mat india tu memanjangkan jawapanya, yang mungkin sebagai isyarat kepada aku untuk tidak lagi bertanya kepadanya)...
 Aku         :   Oooo....(balas ku kepada mat india itu), lalu aku ajukan lagi sebuah pertanyaan kepada mat india tersebut yang mungkin pertanyaan terakhir aku kepadanya ...apabila melihat beliau menghulurkan wang ringgit sebagai bayaran kepada harga minuman yang di takeawaynya ...So, bro miss la Rally?....pertanyaan aku yang berdefinisi sebagai suatu pertanyaan separuh sindiran mengenai ketidakhadiran beliau pada Perhimpunan Bersih dan Suci yang sedang berlansung petang tadi....

lalu aku sedekahkan beliau sebuah hamparan senyuman yang tersangatlah manis..semanis madu....

Mat India : aaahhh...miss la, tak dapat pegi ...buat apa?...takde faedah lah rally tu.....jawapnya sambil membalas kembali atas senyuman yang aku sedekahkan kepada beliau sebelum ini....lalu beredar keluar dari premis menuju ke sebuah kereta kancil yang aku lihat beberapa mat india lain sedang menunggu beliau.....
Aku :  Sedih, Longlai dan tersadai dengan jawapan mat india tersebut lalu menyambung semula kesibukan aku untuk menghantar beer kepada leher-leher yang telah lama menunggu aku melayan mereka,,,,


 P/s  Untuk Dato' Ambiga Sreenevasan ...jangan lah kau bersedih ibu......bila mana anak-anak mu tidak menyedari akan perjuangan mu yang inginkan sebuah keadilan di sebuah negara yang kononya berdemokrasi ....Semoga tuhan memberimu kehidupan yang panjang .... Dato' Ambinga Seeenevasan dan my lovely father A.Samad Said....!



Saturday, June 11, 2011

Canabis


Sayang...
kau mungkin Belum pun menjadi kekasih ku...
yang dimana, belum layak pun kau
untuk ku panggil dengan pangilan sayang
apatah lagi sebagai seorang kekasih....
Sedangkan Baby, Hubby atau apa saja
pangilan manja belum pantas untuku
panggilkan kepada mu

Sayang...
namun pun begitu...
kau telah membekas dalam Khayalan Ku
seperti khayalnya jiwa aku
membaca setiap sms yang kau kirimkan
ke dalam peti masuk telefon Bimbit ku
yang dimana, telefon Bimbit inipun Merupakan
Eshan daripada rakan sekerja aku.....
Syukurlah, Kerana Ini la juga yang membantu aku
untuk mengirim kembali setiap sms kau kepada ku

Sebagaimana Seronoknya Canabis
membawa aku terbang melayang
dan sebagaimana Banjir dan Hanyutnya
aku dibawah aliran deras arak dan Liquer
Begitulah Juga Khyalan Ku kepada mu Kekasih Ku,
Yang Belum Pun Sah Menjadi kekasih ku....
Mungkin Saja sebentar lagi kau akan menjadi kekasih
atau Mungkin saja Tidak....

Sayang...
Dikesempatan Ini....
ya, Di ruangan dan rantaian tulisan yang
tidak aku ketahui akan arah tuju dan penyudahnya
Ingin aku sampaikan kepada mu
bahawa masa,kenangan dan disetiap
babak-babak yang pernah aku habiskan bersama mu
akan sekejap lagi ditelan dan diperkosa oleh masa
hadapan yang telahpun menunggu kita
Untuk kita jalani seperti hari-hari yang sudah

Sayang...
Tiada lagi yang mampu bicarakan
kepadamu apabila Bulan Julai Mulai Menjelang dimana,
Ketika itu Kau Pun telah Hilang dari
penglihatan ku, Hanya Lagu ' Time is running Out''
Dendangan Kumpulan Muse Ku iringkan Di Kepergian Mu....

Nota: ''Dengan Tidak Memberi jawapan kadang-    
          kadang itulah jawapan''   - Ayam Fared-




Wednesday, May 18, 2011

Pada Yang Belum Tersettelkan



Alex Simon bin Katinggang
Kampung simpangan
P/s 73 89908
Tenom sabah,
Malaysia

(Perkataan Malaysia  seperti yang tertera diatas
sama sekali tidak mempunyai perkaitan dengan Cogan Kata 'One Malaysia'
seperti yang diwar-warkan kepada kita di Mutakhir ini)

19 May 2011

MEMOHON WAKTU DAN KESABARAN DARI PIHAK ANDA (BENDAHARI UMS)

ke hadapan Bendahari Ums,

Saya seperti penama diatas, yang juga merupakan bekas pelajar Di Universiti Anda dalam Bidang Hs 20 Sains sukan ambilan tahun 2007/2008. Memohon waktu, masa, ruang dan kesabaran daripada pihak anda untuk menjelaskan hutang yang masih membelit jerut pinggang saya sehingga pada hari ini, Malahan pada saat saya menulis surat ini pun saya masih belum mampu melunaskan baki hutang saya kepada pihak anda.disini, saya dengan rendah hati bersertakan jiwa yang penuh rasa malu,kesal dan hiba seperti ultraman yang kehilangan kuasa ketika sedang asyik bertarung menumpaskan musuh ingin menyertakan sebab ataupun musabab mengapa dan kenapa saya masih belum menjelaskan hutang saya kepada pihak anda.

1) Tidak saya sangkalkan, mahupun untuk menafikan atau memandang sebelah mata akan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar untuk menjelaskan hutang saya kepada pihak anda. Namun ingin saya kongsikan bahawa, situasi ataupun keadaan kewangan saya ketika ini adalah sangat tidak menentu sehinggakan saya sendiri pada ketika ini masih lagi tidak putus-putus mengais-cakar  ruang, liang dan lubuk untuk mendapat/kumpul  wang seperti yang dituntut oleh pihak anda. Walaupun pada ketika ini, saya mempunyai perkerjaan Part time disebuah cafe dan bar, namun gaji ataupun upah yang saya perolehi tidaklah seperti gaji yang diterima oleh seorang akauntan bank ataupun seorang pegawai perubatan yang mempunyai slip gaji yang tertera nombor-nombor 2000 atau 3000 ringgit malaysia.

2)  Sebagai seorang anak lelaki di dalam 7 orang adik beradik pada keluarga yang sentiasa berserderhana ini, tentu saja adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyalurkan bantuan kewangan atau apa saja jenis bantuan kepada keluarga saya ketika ini dan sehingga nafas yang terakhir sekalipun. Oleh itu,  ingin saya nyatakan serta share dan sharing kan kepada pihak anda bahawa keadaan serta situasi keluarga saya juga turut tidak menentu Buktinya, saya tetap saja akan memberi dan membank in kan hampir keseluruhan upah dari titik keringat saya berkerja untuk keperluan keluarga saya terutama sekali kepada 5 orang adik saya yang masih bertungkus lumus di bangku sekolah menuntut ilmu. Walaupun ini bukanlah masalah daripada pihak anda malahan mungkin saja pihak anda  tidak ingin melayan alasan seperti ini. Tetapi, disini saya sekali lagi dengan hina sambil menista kan diri memohon sedikit pengertian dan akal waras daripada pihak anda untuk menimbangkan permohonan saya yang bukan lah mengelak atau pun cuba keluar daripada permasalahan yang ditimbulkan oleh saya sendiri, tetapi hanyalah ingin sedikit waktu dan kesabaran daripada pihak anda sebenarnya.

3) Adapun Individu yang mungkin boleh membantu saya menjelaskan hutang piutang saya kepada pihak anda , tetap saja lah bapa saya iaitu,Katinggang Bin Akai. Walaubagaimanapun seperti yang telah saya nyata dan kongsikan pada perkara (2), bapa saya pada ketika ini juga merupakan seorang lelaki kebanyakan yang tidak mempunyai perkerjaan tetap, jauh sekali mempunyai slip gaji bulanan malahan bapa saya juga ketika ini sentiasa mengharap taut kepada saya untuk meringankan beban bagi menampung kehidupan keluarga. oleh itu, saya entah untuk berapa kali entah, sekali lagi ingin memohon pertimbangan daripada pihak anda untuk saya bagi menjelaskan hutang saya kepada pihak anda.

      Berdasarpandukan kepada keadaan dan situasi yang telah saya nyatakan diatas, saya Alex Simon Bin Katinggang bagi pihak diri saya sendiri ingin memohon seberapa banyak pun pertimbangan yang disertai dengan pembuatan keputusan yang telah didukung melalui pemikiran secara positif dan waras memohon kepada pihak anda untuk meluluskan permohonan saya untuk mendapatkan waktu dan kesabaran dari pihak tuan/puan, kerana jika tidak ada aral yang akan melintang saya akan melunaskan hutang saya kepada pihak anda selewat-lewatnya pada penghujung september ini, Mudah-mudahan.

Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Anda saya susuli dengan jutaaan terima kasih disertai dengan pekikan TERIMA KASIH TUAN!
betul-betul pada ruang persisiran gegendang telinga pihak tuan puan.

Sekian Terima Kasih,

yang benar,

(Alex Simon Bin katinggang)


Nota Kaki: Surat seterusnya kepada yang berbahgia PPTPN....

Tuesday, May 10, 2011

Pada Sebuah Ketentuan

ok...ada perkabaran
perkabaran apa?....
'Kita tak perlu jadi seperti dia ; Ayam Fared; tak juga suatu kemestian
untuk mengenalinya. tapi bertuahlah jiwa yang berani mengais-gais ( sampai jumpa)
beberapa cebis hakikat kehidupan, seperti mana  yang telah digarapnya dalam buku ini
( Dewa Bin Filem)

 

Tajuk Buku : Pada Sebuah Ketentuan -puisi dan catatan Ayam Fared
Penerbit & Penyunting : Faisal Mustaffa
Rekabentuk Kulit : Farhan Azahan
Blurbs : Wahyudi MY & Dewa binfilem
Harga : RM20


Nota Kaki:  Pada zrn isme adik kpd member aku...
                   aku sangat2 suggestkan ...hehe 



Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


wahai ibuku....
hari ini,tidak pasti di bulan berapa
entah kenapa dan tidak tahu bagaimana
sekali lagi anakmu yang engkau pernah
kandung 9 bulan
yang pernah kau susukan
yang pernah kau suapkan
yang pernah kau tanggungjawabkan selama ini
malahan, ketika aku menulis ini pun engkau
masih memberi aku kasih sayang yang lengkap
sebagai seorang ibu

wahai ibuku....
sempena hari ibu ini
tiada apa yang mampu aku berikan kepadamu
aku tidak mampu berikan engkau seutas rantai emas
malahan beg tangan berjenama Crocodile sekalipun
apatah lagi jam tangan guess untuk menghiasi pergelangan
tangan mu..

wahai ibuku...
aku tahu
engkau tidak pernah mendambakan kepuasan material
dan aku mengerti bagi mu, cukup saja aku menjadi
yang terbaik dimata mu ,itulah hadiah paling engkau
nanti tunggukan....

wahai ibuku....
sebagai anak mu yang seringkali gagal
yang sering menjemput kemarahan mu
yang sering menjentik perasaan sedih mu
yang sering buat kau rasa dan terfikir
akan bersalah melahirkan aku

wahai ibuku
terlalu banyak dosa yang telah ku persembahkan kepadamu
sehinggakan engkau sudah lali dengan kata maaf dari bibirku
wahai ibu ku
hari ini
ingin ku ucap selamat hari ibu kepadamu
yang mungkin tidak seistimewa seperti
yang lain....
wahai ibuku aku tahu
aku anak yang tidak mampu berikan mu apa-apa
ini saja yang mampu ku berikan kepadamu
sebuah tulisan ikhlas yang lahir dari hati
anakmu....

Nota kaki: Nantikan guitar akustik ku ibu...
               kerana akan aku petik dihadapan mu
               sambil medendangkan lagu selamat hari ibu
               hanya untukmu

Friday, May 6, 2011

Bertahan


Disini...
di celah Dinding-dinding Konkrit
di simpang temu bangunan pencakar langit
di jerit pekik bingit kota raya
di asam garam manis pahit metropolitan

seorang pemuda lingkungan umur 20-an
bertubuh muda,
tidak seksi,
yang juga tidaklah sesasa brad pitt
mahupun asthon kutcher apatah lagi shah rukh khan
yang juga berdarah muda barangkali,
hanya berbekalkan iltizam dan pegangan hidup
yang kental
walaupun ianya diketahui
mudah lentur,kabur dan hilang menjadi sia-sia
digilis mainan dan drama dosa,
masih bertahan hidup
walaupun
Dengan tuntutan hidup segala macam,
itu,ini
ini,itu
yang sudah pastinya tidak akan selesai
jika di bicara runding sekalipun
masih tidak mengalah
malahan mencabar
untuk terus bertahan

Mau tidak mau
ingin tak ingin,
inilah jalan kehidupan yang dipilihkan

jalan hidup yang tak pernah dipohon
yang tak pernah didoakan
yang tak pernah dipermudahkan
yang tak pernah dijemput
yang tak pernah ditadah
apatah lagi untuk dipinta mahukan

Disini....
atau dimanapun...
Aku akan terus bertahan,
bertahan dengan jalan hidup
yang telah dipilihkan untuk aku....







Saturday, April 16, 2011

Pergi Dengan Indah


Duduk terjelopok di bahu jalan
kaku, dan terkunci
dipermukaan roh sebuah cinta yang telah mati

Segalanya sudah jadi pengalaman
segalanya telah jadi pengajaran
segalanya akan jadi kenangan
segalanya biar jadi sejarah
lalu menjadi memori semata cuma....

yang tertinggal adalah sebuah kesakitan
yang tersisa cuma segaris kelukaan
yang terpaku cuma sebuah kerinduan
yang tersimpan hanya selembar harapan
buat mendewasakan diri dihadapan tiba........

cinta yang telah mati
akan terus mati terkubur
dan tidak akan pulang kembali....

kerana kasih setia,
akan muncul-hadir
disetiap penghujung ketentuan....

Nota Kaki : kaki kau!










Wednesday, March 2, 2011

pejuang kata



jika hati sudah tidak bertemu jiwa
apa lagi yang
harus kau lengahkan?

jika rindu sudah
tidak bertaut kasih
apa lagi yang perlu tanduskan?

jika kata sudah
tidak membuahkan rasa
apa lagi yang harus kau
kumat kamitkan?

jika doa
tidak lagi mengutus niat
apa lagi yang harus kau
angankan?

jika indah bukan lagi
ceriman bahagia
apa lagi yang harus kau
sejahterakan

jika irama
tidak lagi menjemput melodi
apa lagi yang harus kau lagukan






Nota kaki: Usia bagi aku,
           hanya lah nombor semata-mata
           tetapi pengalaman tidak akan mati!

Friday, February 18, 2011

Ampun Tuanku


Aku tak kisah kau datang
dari mana pun

dan aku tak hairan duit
kau yang berjuta tu

pangkat kau tu,
lagilah aku tak peduli

sebab kau dan aku
tak ada beza

bertuankan tanah!

Nota: kalau nak makan buah, makan isinya bukan kulitnya

I.S.A here i come! Vol 1

Hidup ini
bukanlah seperti cogan kata
"SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Bukan....

Hidup ini
bukanlah
merdeka,merdeka dan merdeka
pada 31 0g0s

Bukan....

Hidup ini
bukanlah
apabila kau berjabat mesra
dengan perdana menteri

Bukan....

Hidup ini ialah
apabila kau telah ubah
mentaliti kau!

Nota kaki : Tunjukan aku ruang sunyi untuk aku menetap'
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger