Aku Tahu
Di sebalik kekerasan,
Di celah-celah keegoan
Di setiap inci kemarahan
dan raut wajah bengis
Masih akan terselit Kasih...
Aku Tahu
Layar antagonis itu
Hanya Drama
Emosi yang di tuang itu
Hanya Pergumulan rasa
yang tidak sengaja
kerana peribadi mu aku percaya...
Aku Tahu
Dendam yang bersarang itu
sifatnya sementara
rakusnya tutur bicara
Di hulu nya akan bertemu noktah
kerana kita cuma manusia....
Aku Tahu
Di setiap salah pasti ada maaf
Di setiap kesakitan pasti ada kebahagiaan
1 comment:
Tidak!
kau tak tahu
kau tak pernah tahu
entah kasih apa yg kau maksudkan
entah rasa apa yg kau carutkan
sudah lama aku maafkan
dan sudah aku lupakan.
Bahagia? biarla hanya aku.
ui²..
"Untuk Kekasih"
Tuan tlg kestau dia kalo Tuan balik Tenom.ye..
Post a Comment