Share |

Friday, May 6, 2011

Bertahan


Disini...
di celah Dinding-dinding Konkrit
di simpang temu bangunan pencakar langit
di jerit pekik bingit kota raya
di asam garam manis pahit metropolitan

seorang pemuda lingkungan umur 20-an
bertubuh muda,
tidak seksi,
yang juga tidaklah sesasa brad pitt
mahupun asthon kutcher apatah lagi shah rukh khan
yang juga berdarah muda barangkali,
hanya berbekalkan iltizam dan pegangan hidup
yang kental
walaupun ianya diketahui
mudah lentur,kabur dan hilang menjadi sia-sia
digilis mainan dan drama dosa,
masih bertahan hidup
walaupun
Dengan tuntutan hidup segala macam,
itu,ini
ini,itu
yang sudah pastinya tidak akan selesai
jika di bicara runding sekalipun
masih tidak mengalah
malahan mencabar
untuk terus bertahan

Mau tidak mau
ingin tak ingin,
inilah jalan kehidupan yang dipilihkan

jalan hidup yang tak pernah dipohon
yang tak pernah didoakan
yang tak pernah dipermudahkan
yang tak pernah dijemput
yang tak pernah ditadah
apatah lagi untuk dipinta mahukan

Disini....
atau dimanapun...
Aku akan terus bertahan,
bertahan dengan jalan hidup
yang telah dipilihkan untuk aku....







Saturday, April 16, 2011

Pergi Dengan Indah


Duduk terjelopok di bahu jalan
kaku, dan terkunci
dipermukaan roh sebuah cinta yang telah mati

Segalanya sudah jadi pengalaman
segalanya telah jadi pengajaran
segalanya akan jadi kenangan
segalanya biar jadi sejarah
lalu menjadi memori semata cuma....

yang tertinggal adalah sebuah kesakitan
yang tersisa cuma segaris kelukaan
yang terpaku cuma sebuah kerinduan
yang tersimpan hanya selembar harapan
buat mendewasakan diri dihadapan tiba........

cinta yang telah mati
akan terus mati terkubur
dan tidak akan pulang kembali....

kerana kasih setia,
akan muncul-hadir
disetiap penghujung ketentuan....

Nota Kaki : kaki kau!










Wednesday, March 2, 2011

pejuang kata



jika hati sudah tidak bertemu jiwa
apa lagi yang
harus kau lengahkan?

jika rindu sudah
tidak bertaut kasih
apa lagi yang perlu tanduskan?

jika kata sudah
tidak membuahkan rasa
apa lagi yang harus kau
kumat kamitkan?

jika doa
tidak lagi mengutus niat
apa lagi yang harus kau
angankan?

jika indah bukan lagi
ceriman bahagia
apa lagi yang harus kau
sejahterakan

jika irama
tidak lagi menjemput melodi
apa lagi yang harus kau lagukan






Nota kaki: Usia bagi aku,
           hanya lah nombor semata-mata
           tetapi pengalaman tidak akan mati!

Friday, February 18, 2011

Ampun Tuanku


Aku tak kisah kau datang
dari mana pun

dan aku tak hairan duit
kau yang berjuta tu

pangkat kau tu,
lagilah aku tak peduli

sebab kau dan aku
tak ada beza

bertuankan tanah!

Nota: kalau nak makan buah, makan isinya bukan kulitnya

I.S.A here i come! Vol 1

Hidup ini
bukanlah seperti cogan kata
"SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Bukan....

Hidup ini
bukanlah
merdeka,merdeka dan merdeka
pada 31 0g0s

Bukan....

Hidup ini
bukanlah
apabila kau berjabat mesra
dengan perdana menteri

Bukan....

Hidup ini ialah
apabila kau telah ubah
mentaliti kau!

Nota kaki : Tunjukan aku ruang sunyi untuk aku menetap'

Thursday, February 17, 2011

Skizofrenia


macam mana kau nak tahu
benda yang kau tak tahu
kalau kau tak ambil tahu
benda yang kau tak tahu

Bodoh!

keputusan kau melulu
macam peluru
tanpa usul periksa

Aku dah cakap

Hidup takan lengkap
tanpa pengalaman

baju pun takan siap
tanpa jahitan

kata orang

Hidup ini
jangan terlalu dirancang
nanti sempurna

kalau dah sempurna
macam mana kau nak
berkenalan dengan rintangan

Bodoh!


18 feb 2011
Jarum pendek 4
jarum panjang 12
Lokasi: Ruang Legar Tanda tanya





Monday, February 14, 2011

Muka Surat 24 Yang Bebal

Ini bukan kerana
aku tak ingin

Atau bukan kerana
aku tak mahu

bukan juga kerana
aku tak sudi

jauh sekali
aku jual mahal

ini bukan aku kerana mengelak
ini bukan aku kerana menepis
ini bukan aku kerana menghindar

Ini Kerana,
Aku bukan Kau!

Nota: Hidup tak perlu terlalu Optimis

Friday, February 11, 2011

Darah

Jika Pen Sudah Tidak Berdakwat
Aku akan Menulis dengan Arang

Jika Kertas Sudah Habis
Aku akan menulis Ke dinding

Jika tulisan mulai kabur
Aku akan Menulis Dengan titis Darah!


3.09 am
12 feb 2011
Lokasi: Bilik Budjet















Monday, February 7, 2011

Di Bawah Anjing (Underdog)


Hari ini
hidup berjalan seperti biasa
tiada yang berubah
tiada yang bertambah
tiada yang special
kelihatan agak tenang

tetapi

jika diteliti
jika diamati
lalu diperiksa

masih tercermin kucar dan kacirnya

mujurlah aku sudah masak
dengan susun aturnya hidup
jadi tak perlulah gentar
akan turun dan naiknya

jika hari ini adalah kesialan
esok hari mungkin bahagia pula

tapi

jika hari ini adalah kesialan
tak perlulah terperanjat
esok juga hari sial! ok...


08 february 2011
Di sebuah bilik sewaan
yang sunyi ditemani cahaya
lampu kalimantang



Friday, February 4, 2011

Celaka


 Ok

 Baiklah

 Begini, kita jangan buang masa
 orang cakap,
 cakap banyak tak guna kan ....

 jadi apa kata kita terus ke pangkalnya,
 atau ke Umbinya, mungkin terus ke pUncaknya.....

 cerita nya begini....

 Apa pun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita,
 kita harus berani persoalkannya kembali,
 kerana kalau kita sentiasa meletakkan diri kita betul,
 kita akan menjadi seperti mereka yang kita benci


 lalu'

 kenapa takut?
 kenapa mundur?

 Hidup tak akan lengkap tanpa pengalaman.
 Baju tak akan siap tanpa jahitan

 Biasalah dalam hidup ini,
 kadang-kadang ada persoalan yang kita tahu jawapannya
 namun amat payah untuk kita huraikannya.

 lalu'

 kenapa di rantai rasa itu?

 Sudahlah...
 susun nafas mu
 nyatakan
 dan maju kedepan sedikit........


 13 january 2010
 1.04am
 Lokasi : Disebuah ruang yang agak malap dan penuh
 persoalan bodoh'




 






 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger