Share |

Saturday, April 16, 2011

Pergi Dengan Indah


Duduk terjelopok di bahu jalan
kaku, dan terkunci
dipermukaan roh sebuah cinta yang telah mati

Segalanya sudah jadi pengalaman
segalanya telah jadi pengajaran
segalanya akan jadi kenangan
segalanya biar jadi sejarah
lalu menjadi memori semata cuma....

yang tertinggal adalah sebuah kesakitan
yang tersisa cuma segaris kelukaan
yang terpaku cuma sebuah kerinduan
yang tersimpan hanya selembar harapan
buat mendewasakan diri dihadapan tiba........

cinta yang telah mati
akan terus mati terkubur
dan tidak akan pulang kembali....

kerana kasih setia,
akan muncul-hadir
disetiap penghujung ketentuan....

Nota Kaki : kaki kau!










4 comments:

Zurina J. said...

Aku doakan ya...:)

@kamato said...

keh2...ya tq2...post ne aku tujukan buat insan mahupun individu yg cintanya telah mati di bulan april...

Zurina J. said...

Aku lah orgnya tu...
ilang napsuku utk cinta bln april ni..entah ke mana ilangnya..isk.

Melodrama said...

aku lah awan nano..

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger