Share |

Thursday, February 17, 2011

Skizofrenia


macam mana kau nak tahu
benda yang kau tak tahu
kalau kau tak ambil tahu
benda yang kau tak tahu

Bodoh!

keputusan kau melulu
macam peluru
tanpa usul periksa

Aku dah cakap

Hidup takan lengkap
tanpa pengalaman

baju pun takan siap
tanpa jahitan

kata orang

Hidup ini
jangan terlalu dirancang
nanti sempurna

kalau dah sempurna
macam mana kau nak
berkenalan dengan rintangan

Bodoh!


18 feb 2011
Jarum pendek 4
jarum panjang 12
Lokasi: Ruang Legar Tanda tanya





Monday, February 14, 2011

Muka Surat 24 Yang Bebal

Ini bukan kerana
aku tak ingin

Atau bukan kerana
aku tak mahu

bukan juga kerana
aku tak sudi

jauh sekali
aku jual mahal

ini bukan aku kerana mengelak
ini bukan aku kerana menepis
ini bukan aku kerana menghindar

Ini Kerana,
Aku bukan Kau!

Nota: Hidup tak perlu terlalu Optimis

Friday, February 11, 2011

Darah

Jika Pen Sudah Tidak Berdakwat
Aku akan Menulis dengan Arang

Jika Kertas Sudah Habis
Aku akan menulis Ke dinding

Jika tulisan mulai kabur
Aku akan Menulis Dengan titis Darah!


3.09 am
12 feb 2011
Lokasi: Bilik Budjet















Monday, February 7, 2011

Di Bawah Anjing (Underdog)


Hari ini
hidup berjalan seperti biasa
tiada yang berubah
tiada yang bertambah
tiada yang special
kelihatan agak tenang

tetapi

jika diteliti
jika diamati
lalu diperiksa

masih tercermin kucar dan kacirnya

mujurlah aku sudah masak
dengan susun aturnya hidup
jadi tak perlulah gentar
akan turun dan naiknya

jika hari ini adalah kesialan
esok hari mungkin bahagia pula

tapi

jika hari ini adalah kesialan
tak perlulah terperanjat
esok juga hari sial! ok...


08 february 2011
Di sebuah bilik sewaan
yang sunyi ditemani cahaya
lampu kalimantang



Friday, February 4, 2011

Celaka


 Ok

 Baiklah

 Begini, kita jangan buang masa
 orang cakap,
 cakap banyak tak guna kan ....

 jadi apa kata kita terus ke pangkalnya,
 atau ke Umbinya, mungkin terus ke pUncaknya.....

 cerita nya begini....

 Apa pun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita,
 kita harus berani persoalkannya kembali,
 kerana kalau kita sentiasa meletakkan diri kita betul,
 kita akan menjadi seperti mereka yang kita benci


 lalu'

 kenapa takut?
 kenapa mundur?

 Hidup tak akan lengkap tanpa pengalaman.
 Baju tak akan siap tanpa jahitan

 Biasalah dalam hidup ini,
 kadang-kadang ada persoalan yang kita tahu jawapannya
 namun amat payah untuk kita huraikannya.

 lalu'

 kenapa di rantai rasa itu?

 Sudahlah...
 susun nafas mu
 nyatakan
 dan maju kedepan sedikit........


 13 january 2010
 1.04am
 Lokasi : Disebuah ruang yang agak malap dan penuh
 persoalan bodoh'




 






Monday, December 13, 2010

Untuk Sahabat

 Aku Tahu

 Di sebalik kekerasan,
 Di celah-celah keegoan
 Di setiap inci kemarahan
 dan raut wajah bengis

 Masih akan terselit Kasih...


 Aku Tahu

 Layar antagonis itu
 Hanya Drama
 Emosi yang di tuang itu
 Hanya Pergumulan rasa
 yang tidak sengaja

 kerana peribadi mu aku percaya...


 Aku Tahu

 Dendam yang bersarang itu
 sifatnya sementara
 rakusnya tutur bicara
 Di hulu nya akan bertemu noktah

 kerana kita cuma manusia....

 Aku Tahu

 Di setiap salah pasti ada maaf
 Di setiap kesakitan pasti ada kebahagiaan

 

Saturday, December 11, 2010

Konklusi

Salam Sejahtera...

 Hari Ini Aku cuba keluar dari kebiasaan aku...

 Setelah Hampir sekian lama
 terperangkap dalam satu ruang
 yang tidak dapat aku defenisikan
 Apa dan bagaimana ruang itu

 Tapi

 Apa yang aku tahu, Ianya Seperti dadah
 yang buat aku rasa ingin lagi
 buat aku tidak mencukupi
 Ketagih.....

 Namun

 aku perlu juga hidup seperti manusia biasa kan
 menjalankan rutin harian
 dan mungkin melupakan seketika frasa Falsampah yang sering
 aku gunakan untuk mempersoalkan sesuatu

 Aku Dengar cakap-cakap orang yang mengatakan
 bahawa jika kita mampu menyusun kata dengan baik
 kita mampu mengetarkan semua orang
 betul ke?

 Kau jawablah tanya itu?

 Bagi aku menulis itu seperti doa..
 kau sedang berbicara dengan orang yang satu lagi
 itu bagi aku, Mungkin tak ada kebenaran...

 Hari ini aku hanya berbual-bual kosong
 Terpisah daripada garis dan paksi persoalan- persoalan
 yang sering menjadi orbit tanya kepada
 semua yang sedang berlaku dalam persekitaran aku....

 19 hari lagi
 kita bakal mengharungi sebuah tahun yang baru
 Mudah-mudahan Hidup akan lebih sukses ya....

 Jadi apa kata aku gunakan kesempatan ini
 untuk hijrahkan sepenuh kemaafan kepada tuhan, keluarga,
 kawan-kawan sejati, Musuh aku,bekas cewek
 dan setiap insan yang telah pernah aku kasari dengan
 kata atau perbuatan......

 Sekian

Monday, December 6, 2010

Telegram Rindu #44

Cahaya bulan itu pucat
sinarannya agak pecah-pecah
sunyi pula memainkan karektornya
menembusi keseluruhan persegi lewat malam

Sambil angin mengalir lembut
singgah di tengah-tengah paksi keliru
cuba mengacah- acah
dan mengejek Sunyi....

Perarakan awan tidak sekata
tertinggal-tinggal
kadang tidak bergerak seakan merajuk

Mimpi pula tidak Hadir
mungkin penat menunggu
orang-orang mulai senyap
hanya kenangan melambai longlai

Lalu simbiosis tidak lengkap
dan hanya Membekaskan rindu...


p/s Ibu...Bapa...adik-adik ku...aku rindu!

Tuesday, November 30, 2010

Tangan Desa

Perfume badan aku
yang masih berbau sampah
dan kekampungan
masih melekit-lekit di badan....
bau itu juga kadang-kadang hadir berselang seli dengan
air keringat aku yang tawar tidak berperisa ......

Tangan kanan aku pula.....
masih terdapat carit barit
ataupun jalur balur sengsara....
yang memberi maklumat
betapa berhempas pulasnya aku
sebagai seorang jantan...

Menyesal kah aku dengan kehidupan ini?...
Menyesal kah aku terpilih sebagai seorang jantan?
Menyesal kah aku dengan Jalan ini?...
Apa pula  kata tuhan yang memberi aku
peluang hidup ini....

Ini jalan yang aku telah pilih...so...kental saja lah menghadapi!



P/s Tak abis-abis menyalahkan hidup....Bodoh!





Saturday, November 20, 2010

Enzim Amilaze


Dia ne bukannya tuhan
Tapi yakin bercakap
tentang esok pagi...

Dia ne bukannya hakim
yang arif lagi demkorasi
Tapi menjatuh Hukum tanpa
bicara....

Nak cari makan katanya.....
Kau Memang Banyak Temberang...

Eh'....

Apa kata kau berdiri santai
Di Hadapan ku untuk beberapa Moment
Dengan posisi senang diri itu...

Sambil Aku  Mencuba gigih
sirami Dikau dengan Enzim Amilaze Ku!!




P/s Seronok terperangkap di ruang nyata dan maya....
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger