Share |

Monday, December 13, 2010

Untuk Sahabat

 Aku Tahu

 Di sebalik kekerasan,
 Di celah-celah keegoan
 Di setiap inci kemarahan
 dan raut wajah bengis

 Masih akan terselit Kasih...


 Aku Tahu

 Layar antagonis itu
 Hanya Drama
 Emosi yang di tuang itu
 Hanya Pergumulan rasa
 yang tidak sengaja

 kerana peribadi mu aku percaya...


 Aku Tahu

 Dendam yang bersarang itu
 sifatnya sementara
 rakusnya tutur bicara
 Di hulu nya akan bertemu noktah

 kerana kita cuma manusia....

 Aku Tahu

 Di setiap salah pasti ada maaf
 Di setiap kesakitan pasti ada kebahagiaan

 

Saturday, December 11, 2010

Konklusi

Salam Sejahtera...

 Hari Ini Aku cuba keluar dari kebiasaan aku...

 Setelah Hampir sekian lama
 terperangkap dalam satu ruang
 yang tidak dapat aku defenisikan
 Apa dan bagaimana ruang itu

 Tapi

 Apa yang aku tahu, Ianya Seperti dadah
 yang buat aku rasa ingin lagi
 buat aku tidak mencukupi
 Ketagih.....

 Namun

 aku perlu juga hidup seperti manusia biasa kan
 menjalankan rutin harian
 dan mungkin melupakan seketika frasa Falsampah yang sering
 aku gunakan untuk mempersoalkan sesuatu

 Aku Dengar cakap-cakap orang yang mengatakan
 bahawa jika kita mampu menyusun kata dengan baik
 kita mampu mengetarkan semua orang
 betul ke?

 Kau jawablah tanya itu?

 Bagi aku menulis itu seperti doa..
 kau sedang berbicara dengan orang yang satu lagi
 itu bagi aku, Mungkin tak ada kebenaran...

 Hari ini aku hanya berbual-bual kosong
 Terpisah daripada garis dan paksi persoalan- persoalan
 yang sering menjadi orbit tanya kepada
 semua yang sedang berlaku dalam persekitaran aku....

 19 hari lagi
 kita bakal mengharungi sebuah tahun yang baru
 Mudah-mudahan Hidup akan lebih sukses ya....

 Jadi apa kata aku gunakan kesempatan ini
 untuk hijrahkan sepenuh kemaafan kepada tuhan, keluarga,
 kawan-kawan sejati, Musuh aku,bekas cewek
 dan setiap insan yang telah pernah aku kasari dengan
 kata atau perbuatan......

 Sekian

Monday, December 6, 2010

Telegram Rindu #44

Cahaya bulan itu pucat
sinarannya agak pecah-pecah
sunyi pula memainkan karektornya
menembusi keseluruhan persegi lewat malam

Sambil angin mengalir lembut
singgah di tengah-tengah paksi keliru
cuba mengacah- acah
dan mengejek Sunyi....

Perarakan awan tidak sekata
tertinggal-tinggal
kadang tidak bergerak seakan merajuk

Mimpi pula tidak Hadir
mungkin penat menunggu
orang-orang mulai senyap
hanya kenangan melambai longlai

Lalu simbiosis tidak lengkap
dan hanya Membekaskan rindu...


p/s Ibu...Bapa...adik-adik ku...aku rindu!
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger